Monday, August 7, 2023

Memahami Alam Semula Jadi Melalui Serangga - Theeban Gunasekaran


Agroekologi Untuk Semua - Inisiatif di Malaysia
Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Theeban Gunasekaran menganggap dirinya bertuah kerana mendapat latihan secara langsung daripada pakar dalam agroekologi. Latihan itu disusuli dengan pembelajaran, penerokaan dan perkongsian yang lebih mendalam, semuanya menaikkan beliau kepada jawatan Pegawai Lapangan Kebun Organik, Persatuan Pengguna- Pengguna Pulau Pinang (CAP). Beliau berkata pengalaman pembelajaran banyak membantunya untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh keyakinan.

“Pada peringkat awal perjalanan pertanian kami menanam, membuat kompos, menguatkan tumbuhan dengan nutrien yang betul, menanam pada musim yang sesuai, dan menuai sayur-sayuran, semuanya berada dalam kawalan kami. Walau bagaimanapun, satu perkara tetap tidak dapat diselesaikan dan menarik minat pada masa yang sama. Makhluk perosak entah bagaimana menghindari kami dan menikmati tanaman serta buah-buahan itu. Disebabkan saiznya yang kecil, kami tidak menyedari akan kehadirannya sehinggalah kerosakan dilakukan pada tanaman itu,” kata Theeban.

“Menyingkirkan makhluk perosak dengan racun makhluk perosak adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam pertanian asli. Seseorang itu tidak dibenarkan membunuh serangga dengan bahan kimia toksik. Ketika itulah kami meminta bantuan pakar pengurusan perosak bersepadu, N. Selvam, dari India. Syarahannya dan pembelajaran di ladang secara langsung membolehkan kami memahami komuniti makhluk perosak.

"Mengkaji kaitan antara pelbagai jenis serangga yang berbeza mendedahkan bahawa serangga mempunyai mekanisme kelangsungan hidup yang unik. Menyembur racun makhluk perosak untuk menyingkirkannya akan merosakkan keseluruhan ekosistem. Akhirnya, kita juga menderita dalam proses itu. Encik Selvam menunjukkan kepada kami bagaimana racun makhluk perosak membunuh serangga yang berfaedah sedangkan sasaran kami hanyalah makhluk perosak, dan bagaimana serangga membangunkan sistem imun terhadap racun makhluk perosak serta meningkatkan populasinya. Input yang tidak ternilai ini meyakinkan saya bahawa racun makhluk perosak tidak menyelesaikan, sebaliknya memburukkan lagi masalah makhluk perosak.

Kami mempelajari kaedah mengawal makhluk perosak bersama dengan menyediakan kompos dan penggalak pertumbuhan, yang merupakan bahagian penting dalam pertanian. Tanaman tertentu dan ramuan tanaman terbukti sangat berkesan dalam menyelamatkan tanaman daripada serangan perosak.

“Dengan maklumat yang diperoleh secara langsung, dan pemahaman holistik mengenai alam semula jadi dan ekosistem, latihan, seminar, dan program ceramah kami untuk pelbagai kumpulan semakin membuahkan hasil. Petani, guru, pelajar dan suri rumah, yang kebanyakannya merupakan kumpulan sasaran kami, terus mendapat manfaat daripada input kami. Dengan cecair bawang putih-halia yang mudah sebagai penghalau perosak, dan asid amino ikan sebagai penggalak pertumbuhan, ramai yang mendapati menanam sayursayuran mereka sendiri bermanfaat dan tidak mencabar seperti yang mereka sangkakan.

“Mentor saya, Kaniappan dari Kulai, Johor, dengan kepakarannya dalam kaedah pertanian organik, menjadi sumber motivasi dan sokongan kepada saya untuk terus meningkatkan diri dalam agroekologi serta isu berkaitan. Apa sahaja idea yang saya lontarkan kepadanya, dia menggalakkan dan menggilapkannya lagi, dengan itu membuka ruang untuk perbincangan dan perkembangan selanjutnya.

“Perjalanan ke negara lain untuk belajar memperkayakan lagi pengalaman. Perjalanan ke salah satu institusi di Thailand untuk mempelajari mengenai penggalak pertumbuhan mereka adalah penuh bermaklumat. Pada masa yang sama, saya menyedari ia adalah satu sistem yang menjadikan petani bergantung di bawah nama amalan pertanian yang baik. Perkara sedemikian, menghalang kemajuan seseorang kerana setiap kali anda ingin membuat penggalak pertumbuhan yang disyorkan oleh mereka, anda perlu bergantung kepada mereka untuk membeli pada permulaannya.

Dengan kemampanan diri sebagai asas agroekologi, seorang petani atau sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan pertanian yang baik perlu mengelakkan pergantungan seperti itu. Oleh itu, semasa lawatan sambil belajar, bersama mentor saya Kaniappan, mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada para peserta beberapa penggalak pertumbuhan asli dan menerima tepukan gemuruh atas kesudian kami berkongsi.

“Membawa teknik pertanian aslikepada komuniti Tamil yang kurang bernasib baik di Sri Lanka merupakan pengalaman seumur hidup. Perjalanan itu diatur oleh Saumya Vilashini Muthulingam di bawah program gaya hidup lestari yang diterajuinya di bawah UNDP ketika itu.

Sungguh menggembirakan apabila mengetahui beberapa petani dan suri rumah meningkatkan taraf hidup mereka, dari segi sosial dan ekonomi dengan mengamalkan amalan pertanian yang sihat.

“Saya mesti nyatakan di sini bahawa pendedahan kepada alam semula jadi mempunyai kaitan rapat dengan Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris. Sejak umur lapan tahun, taman permainan saya adalah di kebun Encik Idris. Dia mempunyai kebun besar yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur, pokok, ternakan, dan pelbagai jenis hidupan yang wujud bersamanya. Sementara burung-burung yang berkeliaran di tamannya menghidupkan jiwa saya, bunyi serangga dan haiwan yang tidak dapat saya bayangkan pada usia itu amat luar biasa dan menakutkan saya juga.

Walau bagaimanapun, dengan hubungan seharian bersama alam semula jadi, perlahan-lahan menghilangkan ketakutan saya, dan tidak lama kemudian ia digantikan dengan rasa penuh harapan dan keterujaan mengenai khazanah tersembunyi itu. “Minat saya dalam fotografi sangat membantu dalam mengambil gambar serangga di ladang menggunakan kamera dan menganalisisnya dengan lebih lanjut. Kebanyakan serangga terlalu kecil untuk diperiksa. Saya membesarkan imejnya dan mengenalpasti spesies berdasarkan apa yang dipelajari sebelum ini. Dengan cara ini, saya boleh mengkategorikan serangga. Pembelajaran pertanian secara langsung ini sentiasa menarik, dan saya menyampaikan kegembiraan pembelajaran secara langsung itu kepada pelajar yang melawat ladang kami. Saat-saat pembelajaran dan perkongsian ini mendedahkan kepada saya bahawa tiada apa yang boleh mendekati pembelajaran secara langsung daripada alam semula jadi.

“Gabungan minat dalam fotografi dan mengkaji serangga mempunyai kelebihan tersendiri. Sesekali, sayaterjumpa serangga baharu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini dan saya segera mengambil gambarnya menggunakan kamera. Ia sepertimembuka dimensi baru, dan pendedahan seterusnya mengenai pelbagai makhluk yang mendiami planet ini. Ini sentiasa mengingatkan saya mengenai batasan kehidupan manusia dan kemustahilan sematamata untuk mengkaji dan memahami semuanya dalam seumur hidup seseorang. Saya benar-benar merasa rendah diri dengan keseluruhan proses itu,” rumus Theeban.



No comments:

Post a Comment